I'm Waiting You
HitamPutih



Heyyhooo! Ahlan Wah Sahlan.
Do follow me guys.
No COPYCATS allowed here!


Round-Round



Story About Links Goodies


Square-Square





Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Kelebihan Hari Jumaat
Thursday, 7 June 2012 | 20:22 | 0 BlackWhite
Assalamualaikum Wbt ~


HeyyhoFriday , Salam Jumaat :)
Howwaa u ? I'm Fine . ehe .
apaa k'lebihan hari jumaat ne ? 
mesti ad yg suda thu , ad jg yg blum thu kn ?
bh . check it out ~~


1- Berlakunya Hari Kiamat 
dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa :


   "Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman 
    meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."


dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


   "Hari yang dijanjikan ialah Hari Kiamat. Hari yang disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari yang
    menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana 
    hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat."


2- Nabi Adam diciptakan dan Baginda juga disingkirkan dari Syurga


Hari ini Nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :


    "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan
     dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga."


3- Penghulu segala hari


Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua 
dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud : 
    
    "Jumaat dinamakan sebagai "Saidul aiyam" iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)."


Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.


4- Selamat dari fitnah kubur yang meninggal pada hari jumaat
Menurut Rasulullah SAW :


    "Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan
     diselamatkan Allah daripada fitnah kubur."


5- Kebaikan dengan memotong kuku
Ibnu Masud berkata,


    "Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada
     penyakit dan memberikannya keselamatan."


6- Makbulnya doa di antara dua khutbah


     "Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta
     (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia
     meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya 
     daripada kejahatan." (Hadis riwayat Tirmizi).


Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud :


    "Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang
     sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan."


Dan Rasulullah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit shj wktu itu.


Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy'ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa
Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa
waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. 
Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada
hari Jumaat, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa'iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :


    "Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus
     dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar." (Riwayat Muslim)


~ Semoga Jumaat ini menjadikan kita seorang hamba Allah yg lebih bertaqwa , lebih berjaya 
   && Lebih cemerlang dunia & akhirat ..




Older Post | Newer Post