I'm Waiting You
HitamPutih



Heyyhooo! Ahlan Wah Sahlan.
Do follow me guys.
No COPYCATS allowed here!


Round-Round



Story About Links Goodies


Square-Square





Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Surat Untukmu!
Sunday, 24 February 2013 | 06:26 | 0 BlackWhite
Aku ingin mengutus sepucuk surat untukmu. Menulis apa yang aku rasakan. 
Tentang kita.. Tentang persahabatan kita. Tentang kau dan aku.
   "Untuk apa lagi kau mengutus surat. 
Bukankah kau sudah tahu dia tidak mahu mendengar kata-katamu..
Apakah kau fikir dia akan membaca suratmu?"
   "Dia akan membacanya. Kerana dia mempunyai hati yang lembut..
Dia akan membukanya dan membacanya dengan hati. Dia akan 
membaca apa yang aku tuliskan.."
   "Sudahlah jangan berharap. Kau mengharapkan yang sia-sia
sedangkan kau tahu jawapannya. Kau hanya menyiksa hatimu
sendiri dengan pengharapan yang sia-sia.."
    Misteri bukan. Setiap kali bercakap mengenai orang yang kita sayang,
perasaan kita bercampur-baur.. Kita senyum. Kita marah. Kita sabar.
Kita beremosi. Kita menaruh harapan sedangkan kita tahu harapan kita
itu sia-sia. Kita mengharapkan secebis kebaikan daripadanya..
Kemudian menempatkan diri sendiri dalam keadaan rawan.
    Aku tediam di depan komputer. 
Kosong.. Celaru.. Membisu..
    Manusia terlalu mudah menaruh sayang pada dunia. Apabila terlalu 
menyayanginya dan kemudian rasa itu hilang.. Manusia jugalah yang 
paling mudah rebah dan terkesima. Lupa bahawa dunia itu adalah ujian..
   "Aku cuma ingin menulis yang ringkas. Aku hanya ingin menjelaskan
keadaanku.."
   "Adakah dia tidak faham keadaanmu?
Tidakkah kau pernah menjelaskan kepada dia.
Aku telah memberitahunya. Berkali-kali.."
   "Lalu, untuk apa lagi kau perlu mengutus surat kepadanya?"
Aku bungkam..
   "Mungkin dengan suratku itu nanti hatinya akan berubah.
Mungkin apabila mendengar kata-kataku, dia akan berpihak kepadaku."

   "Kau sudah menjelaskan kepadanya. Kau sudah memberitahunya. 
Kau sudah menegakkan kedudukanmu. Adakah dia sahabatmu kalau dia
tidak mahu mendengar katamu, pemberitahuanmu, kedudukanmu?"
   "Ya! Dia sahabatku. Dia sahabat paling rapat denganku. Dia mendengar
apa yang aku katakan.."
   "Jika dia mendengar, kenapa kau masi memberitahu?"
    Jika kita suda berusaha menjelaskan. Memberitahu. Menyampaikan. 
Maka kita perlu memberi sedikit masa untuk orang lain menerima apa yang 
telah kita sampaikan.
   "Aku ingin memberitahu kejujuranku!"
   "Jika kau jujur, tidak perlu kau memberitahu. Bukankah dia sahabatmu.
Seharusnya dia sudah mengenali kejujuranmu. Kecuali kau pernah menyakiti dia.."
   "Tidak! Aku tidak pernah menyakitinya. Jika ada sekalipun aku tidak 
pernah terniat berbuat begitu.."
   "Nah. Kau sudah ada jawapannya. Ada masanya kau perlu memberi peluang
kepada sahabatmu untuk membuat pertimbangannya sendiri. Bukan pertimbangan
yang telah kau aturkan untuk dia ikuti.."
   "Tapi, aku takut nasib aku terbela!"
   "Kadangkala kau kena yakin dan percaya. Kejujuran tidak perlu diucapkan. Diluahkan.
Disampaikan. Kejujuran itu sendiri adalah kebenaran. Yang benar tetap benar, dan yang
salah kekal salah.."
   "Tetapi ia cuma sepucuk surat.."
   "Kalau ia cuma sepucuk surat bagimu, kenapa kau begitu memikirkannya?
Sudahlah. Berhentilah berfikir dan berangan yang bukan-bukan. Jangan 

mengandaikan hari esok yang masi di alam ghaibnya. Kau masih berada di hari
ini bukan. Jalani sewajarnya meskipun tanpa sahabatmu.."
   "Tetapi aku terlalu ingin dia mendengar suara hatiku. Aku ingin dia tahu bahawa 
aku masih menjadi SAHABATnya.."
   "Semua telah kau lakukan. Semua telah kau usahakan. Kenapa perlu kau 
mengeruhkan lagi keadaan? Biarkan sahaja dahulu. Kesabaran adalah 
sebahagian daripada keimanan. Keimanan adalah sebuah tuntutan. Yakinlah 
bahawa Allah itu satu!"
   "Jika kau tidak membenarkan aku mengirimkan sepucuk surat, biarlah aku
mengetuk pintunya.."
   "Untuk apa. Jika dia tidak membalasnya. Bukankah kau akan lebih kecewa?
Setiap sesuatu perkara mempunyai limitnya. Lepaskanlah jika telah kita ketahui
bahawa limitnya sudah sampai.. Ada masanya diam adalah lebih baik daripada
berkata-kata. Kadangkala diam adalah lebih baik daripada kau merusuhkan jiwamu
membabi-buta. Dia tahu kau adalah sahabatnya. Berikan dia masa."
    Sungguh unik hati manusia. Seruntun apa pun, namun masih utuh kerana
memegang kepada kenangan dan kegembiraan yang pernah dilalui bersama.
Itu lebih penting dari segalanya.

   "Sudah tiba masanya kau lepaskan dia pergi. Jalani kehidupan ini sendirian
tanpamu. Jika kau katakan kau masih sahabatnya. Maka apa yang perlu kau 
khuatirkan. Bukankah kau masih di situ ketika dia memerlukan?" Menggangguk
sendiri dalam kebenaran.
    Aku simpan surat di laci meja. Sudah untuk berapa lama. Tersenyum sendirian.
Yakin apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan. Yakin dalam setiap kesulitan
pasti datang kemudahan.
    Surat itu masih di situ..


                                                                                          dipetik dan diubahsuai ~
                                                                                                           credit to : Ani Nadila



Older Post | Newer Post